Thursday 28 January 2010

Google & YouTube Ditiru?

4comments


     Pernahkah anda terfikir bahawa laman web seperti Google.com ni akan ditiru suatu hari nanti. Tetapi pada hari ini segalanya mungkin kerana China telah melakukannya. Bukan hanya Google.com sahaja ditiru malah Youtube.com juga terkena tempiasnya.

    Maka terhasilah Goojje.com dan YouTubecn.com. Kadang-kadang terfikir jugak kenapa diorang buat macamni. Kenapa tak buat satu jenama sendiri sedangkan semuanya boleh berfungsi sama seperti yang tulen.

     China sememangnya terkenal dengan barangan tiruan yang sukar dibendung. Bukan sahaja barangan elektrik,pakaian dan bermacam-macam lagi,tetapi kini mereka telah maju setapak lagi kerana telah berjaya meniru laman web yang popular di dunia ini.


Read more

Piala Dunia - FIFA

0comments


     Piala Dunia berukuran 36.8 sentimeter dan seberat 6.175 kilogram diperbuat daripada emas padu 18 karat itu, diterbangkan khas ke ibu kota menggunakan jet sewa khas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dalam rangka siri Jelajah Piala Dunia-Fifa yang bermula 21 September lalu dan akan sampai ke Afrika Selatan pada 4 Mei ini.

      Jet membawa trofi itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tepat jam 12.48 petang semalam dan diiringi oleh wakil dan pegawai Fifa serta wakil media. Sebelum ini, piala berkenaan dipertontonkan di Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh dan Kolkata, India. Rakyat negara ini berpeluang melihat dengan lebih dekat trofi emas itu yang dipamerkan di pusat beli belah Mid Valley esok.

Sumber: Berita Harian.

P/s:      Berita gembira buat peminat sukan belasepak negara. Jangan lepaskan peluang ni,bukan senang nak tengok Piala Dunia ni di depan mata. Diperbuat daripada emas lagi tu...

Read more

Tuesday 19 January 2010

Panic Attack!

2comments


     Mesti korang semua ingat ada sesuatu situasi yang kacau-bilau. Kali ni aku nak kongsikan sedikit dari Youtube.com.




    
     Amacam 'best' tak korang tengok 'video clip' ni “Ataque de Panico!” (Panic Attack!) yang telah dihasilkan oleh Fede Alvarez. Videonya pun boleh tahan. Dengan efek yang menarik, ramai yang tertarik dengan video ini.
Read more

Sunday 10 January 2010

Merantau Worrior

6comments

 
     Seronoknya dapat tengok cerita ni kat wayang tadi. Tak sia-sia beratur panjang untuk tengok cerita ni walaupun telah ditayangkan di Malaysia pada 7/01/10 yang lepas. Rasanya tak perlu ulas panjang-panjang kerana dalam blog ni dulu pernah cerita masa awal sebelum kemunculan di pawagam lagi.Kalau korang tak pernah tengok klik jer kat sini "Aksi Pendekar Moden".



  
     Di Minangkabau, Sumatera Barat, Yuda pengamal Silat Harimau dalam persiapan akhir untuk memulakan "Merantau," yang akan dilakukan oleh anak muda yang akan meninggalkan desa pertanian sangat indah dan untuk berdikari mencari rezeki seorang diri di bandar Jakarta.

 

     Yuda tidak pasti tentang masa depan yang baru, hasil pertemuan kesempatan dalam dirinya membela yatim piatu Astri dari menjadi mangsa perdagangan manusia yang dipimpin oleh Ratger dan Lars. Yuda ke bandar ini pada mulanya ingin membuka kelas mengajar silat tetapi dia secara tidak sengaja terpaksa menyelamatkan Astri dan adiknya Adit. Yuda terpaksa melindungi Astri dan Adit dan tidak punya pilihan selain menghadapi para penyerangnya dan berjuang habis-habisan demi membela nasib dua beradik ini.


Read more

Saturday 2 January 2010

Dari Kulim Ke Putrajaya 2010

6comments

   
     Esok bermula lah perjalanan hidupku yang baru untuk meneruskan perjuangan hidup untuk masa depan. Kerjaya ku akan berakhir di Kulim setelah menempuh segala dugaan dan cabaran berkerja di dalam industri pembuatan ini. Fuji Electric ini telah memberikan banyak pengalaman dan cabaran serta telah memotivasikan diri aku untuk tabah dan mengorak langkah untuk lebih berjaya.



     Dari seorang Juruteknik di industri pembuatan ke badan beruniform di dalam jabatan kerajaan  bakal memberikan aku pengalaman yang berbeza kelak. Diharapkan pengalaman bekerja di industri ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan apabila aku berkerja di jabatan kerajan nanti.



     Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu aku terutamanya penyelia,rakan-rakan, & senior-senior yang sering memberikan semangat dan bimbingan agar aku terus memajukan diri untuk berjaya. Selamat tinggal Kulim, Selamat datang Putrajaya 2010 bermulanya hidup baru... 

p/s: Fardy sorry aku tak dapat pergi kenduri haritu...Nanti kalau kenduri kawin fardy tolong bagitahu awal ok.Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang....
Read more

Friday 1 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010

5comments


    
     Selamat tahun baru kepada semua pegunjung blog ni. Diharapkan pada tahun ini blog ini semakin bertambah pegunjungnya disamping pengisian yang menarik untuk semua pembaca.


     Sempena tahun baru ini marilah kita semua memajukan diri untuk kesejahteraan bersama. Apakah azam tahun baru anda semua? Diharapkan anda semua telah berjaya mengecapi azam tahun lepas, teruskan dengan azam anda pada tahun ini. Semoga berjaya dengan azam tahun baru anda semua....

 
Read more

Thursday 31 December 2009

GPS (Global Positioning System)

5comments

    
     Seronok petang tadi pergi jalan-jalan kat Jusco Bandar Perda, mula-mula rancang nak pergi bank kat situ, alih-alih pergi kedai 'gadget' kat Jusco tu.




     Tapi hampa bila pergi kat sana tak dapat apa yang dicari. Sebenarnya bukannya nak barang penting sangat, cuma nak cari sarung GPS ni je. Nak cari yang boleh gantung kat leher tak ada pun. GPS (Global Positioning System) ni sebenarnya kegunaanya untuk bagi panduan kepada pengguna jalanraya terus melalui satelit.




     Cuba bayangkan jika mendapat panduan terus dari satelit mesti seronok kan? Nanti kalau korang berkesempatan cubalah sendiri pasti tak rugi kalau boleh memilkinya, bukan sekadar atas jalan tetapi kalau untuk pejalan kaki pun boleh. kalau tak percaya cubalah sendiri ye...
Read more

Wednesday 30 December 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

0comments


Ditulis oleh Ustaz Zahazan (Pensyarah UIAM)
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan
warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi.

Pada waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) -
dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulangulang
kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus,
ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini
bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan
dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada
waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat
oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga
alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat
ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana
Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi
kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin
dalam menghadiri kelas taichinya .
Read more

Sunday 20 December 2009

Twitter Hacked By Iranian Cyber Army?

6comments

    Baru-baru ini laman twitter telah digodam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Iranian Cyber Army' yang dipercayai sebuah kumpulan penggodam berasal dari negara Iran.

    Pada gambar tersebut ada menunjukkan gambar dari teks arab disalut pada bendera hijau membawa nama Syi'ah Imam ketiga, Imam Husain.Ini juga termasuk sebuah puisi dalam bahasa Parsi yang mengatakan: "Kami akan mogok jika pemimpin perintah, kita akan kehilangan kepala kami jika keinginan pemimpin."Juga termasuk kata-kata: "Mereka yang upah berjuang di jalan Allah menang."
 

    
THIS SITE HAS BEEN HACKED BY IRANIAN CYBER ARMY iRANiAN.CYBER.ARMY@GMAIL.COM
U.S.A. Think They Controlling And Managing Internet By Their Access, But THey Don't, We Control And Manage Internet By Our Power, So Do Not Try To Stimulation Iranian Peoples To....
NOW WHICH COUNTRY IN EMBARGO LIST? IRAN? USA?
WE PUSH THEM IN EMBARGO LIST
Take Care.

p/s: Apa dah jadi ni?Betul ke semua ni penggodam dari iran yang lakukan  ataupun ada pihak yang sengaja yang nak memburukkan Iran?


Read more

Perak Darul Hollywood

7comments

      Tertarik dengan ejaan gergasi 'IPOH' di tepi Lebuhraya berdekatan susur keluar Gopeng anda pasti akan melihat tulisan gergasi ditepi lebuhraya ini.

    Difahamkan kos untuk satu huruf ejaan gergasi ini telah menelan belanja sebanyak RM100.000 untuk ejaan 'IPOH'.Ejaan gergasi ini dijangka siap sepenuhnya pada januari 2010 iaitu pada tahun hadapan yang akan dilengkapi dengan lampu limpah bagi menghiasi ejaan gergasi ini.

p/s: Dah macam Hollywood je ye.Apa pendapat anda sebagai Perakians?Banyak kos yang harus ditanggung tu.Cuba korang kira kos semua kalo dah siap sepenuhnya.Yang satu huruf pun dah harga macamtu,kalo 4 huruf termasuk kos pemasangan dan lampu limpah berapa plak harganya ye?

Read more

Thursday 10 December 2009

Friendster Dimiliki Oleh Jutawan Malaysia?

5comments

     Layanan jejaring sosial Friendster akhirnya dijual kepada sebuah syarikat Malaysia, MOL Global Pte Ltd. MOU Global merupakan sebahagian daripada MOL AccessPortal Berhad yang merupakan pembekal penyelesaian pembayaran online terbesar di Malaysia.

    Pemilik saham terbesar MOL ialah Tan Sri Vincent Tan akan mengambil alih 100 peratus pemilikan Friendster. MOL akan mengintegrasikan perkhidmatan jejaring sosial talian tersebut dengan rangkaian runcit online-nya untuk menggarap pasar komuniti pengguna khususnya di Asia.


    MOL akan menigntegrasikan sistem pembayaran online ke Friendster dan menawarkan kandungan seperti game, muzik, video, dan aneka barang.MOL saat ini telah menjalin kerja sama dengan 70 produser permainan online yang telah menghasilkan 200 jenis permainan. Selain itu, MOL juga sudah menjalin kerja sama dengan pembekal kandungan video, muzik, dan filem.

    Sebelum pengambilalihan ini, MOL sudah menjalin perkongsian dengan Friendster sebagai pembekal sistem bayaran melalui the Friendster Wallet dan the Friendster Gift Shop. Perkhidmatan ini akan diperluas ke rangkaian perniagaan MOL termasuk francais yang dipegang Tan Sri Vincent seperti Starbucks, 7-Eleven, Krispy Kreme, dan Wendy's.


Read more

Tuesday 8 December 2009

Yusha Evans - How The Bible Led Me To Islam

2comments


     My name is Yusha Evans. I am 27 years old and am living in College Park, MD. I was raised by my grandparents in Greenville, South Carolina in a very strict Methodist home. In my teenage years, I became very involved in the church and was studying at a small Bible college in my hometown with the intention of eventually enrolling in Bob Jones University. I was learning to read the Bible in Hebrew and Greek and was very interested in textual criticism of the Bible.

It was during these years of intense Bible study that I read the Bible cover to cover a half a dozen times. In doing so, I realized there were many inconsistencies and contradictions. I realized the Bible was not the inerrant Word of God as I had always been taught. I eventually left Christianity and searched for the truth about God elsewhere.

     I studied every religion from Judaism to Buddhism, Wicca to Bushido. While many religions had certain truths to them, they had major tenants or flaws I could not accept. All praise is due to God, one day I found myself talking with a young Muslim who invited me to jumuah, the Friday service and congregational prayer. When I saw the Muslims praying, bowing and prostrating with their heads on the floor, all the verses of the Bible describing the prayer of the prophets came flooding back to me. I asked for a copy of the Quran, read it from cover to cover in three days, and the rest (as they say) is history.

Sumber : www.yushaevans.com
 
Read more

Thursday 3 December 2009

Fatine Transeksual Malaysia

3comments


     Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

    
Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.



     Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.
Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

Sumber: mStarOnline.

P/S: Macam manalah boleh jadi macam ni. Boleh ke lelaki kahwin dengan lelaki? pasal tu la agaknya dia tidak mahu pulang ke malaysia.Isu ini sudah menjadi isu yang hangat di Malaysia mahupun United Kingdom. Bertaubatlah....


Read more
 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008