Esok bermula lah perjalanan hidupku yang baru untuk meneruskan perjuangan hidup untuk masa depan. Kerjaya ku akan berakhir di Kulim setelah menempuh segala dugaan dan cabaran berkerja di dalam industri pembuatan ini. Fuji Electric ini telah memberikan banyak pengalaman dan cabaran serta telah memotivasikan diri aku untuk tabah dan mengorak langkah untuk lebih berjaya.
Dari seorang Juruteknik di industri pembuatan ke badan beruniform di dalam jabatan kerajaan bakal memberikan aku pengalaman yang berbeza kelak. Diharapkan pengalaman bekerja di industri ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan apabila aku berkerja di jabatan kerajan nanti.
Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu aku terutamanya penyelia,rakan-rakan, & senior-senior yang sering memberikan semangat dan bimbingan agar aku terus memajukan diri untuk berjaya. Selamat tinggal Kulim, Selamat datang Putrajaya 2010 bermulanya hidup baru...
p/s: Fardy sorry aku tak dapat pergi kenduri haritu...Nanti kalau kenduri kawin fardy tolong bagitahu awal ok.Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang....
5 comments:
haha..dol btol...
ok la palie..wish hg semoga berjaya kelak..
bila dah maju jgn lupa kwn2..mbe2 kat tempat lama..haha
ok..selamat berjuang,kerja rajin2..ok..
semoga murah rezeki n pnjg umoq..adois bro..jumpa lagi..pa2 jgn lupa roger..
assalamualaikom...
Selamat brjuang di Jabatan Kerajaan..
wah dpt keje gomen..tahniah! saya sukaa..tp saya ni non ada rezki lagi..so utk awk all the best ya..n slmt tahun baru 2010!
dah pi pjaya tu, mai la singgah umah.. ;)
taniah...ok x keje kt fuji??sebagai juruteknik.
Post a Comment
TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi