Thursday, 28 January 2010

Piala Dunia - FIFA




     Piala Dunia berukuran 36.8 sentimeter dan seberat 6.175 kilogram diperbuat daripada emas padu 18 karat itu, diterbangkan khas ke ibu kota menggunakan jet sewa khas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dalam rangka siri Jelajah Piala Dunia-Fifa yang bermula 21 September lalu dan akan sampai ke Afrika Selatan pada 4 Mei ini.

      Jet membawa trofi itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tepat jam 12.48 petang semalam dan diiringi oleh wakil dan pegawai Fifa serta wakil media. Sebelum ini, piala berkenaan dipertontonkan di Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh dan Kolkata, India. Rakyat negara ini berpeluang melihat dengan lebih dekat trofi emas itu yang dipamerkan di pusat beli belah Mid Valley esok.

Sumber: Berita Harian.

P/s:      Berita gembira buat peminat sukan belasepak negara. Jangan lepaskan peluang ni,bukan senang nak tengok Piala Dunia ni di depan mata. Diperbuat daripada emas lagi tu...

0 comments:

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008