Wednesday, 30 December 2009

Rahsia Solat Awal Waktu




Ditulis oleh Ustaz Zahazan (Pensyarah UIAM)
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan
warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi.

Pada waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) -
dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulangulang
kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus,
ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini
bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan
dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada
waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat
oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga
alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat
ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana
Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi
kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin
dalam menghadiri kelas taichinya .

0 comments:

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008