Thursday, 10 December 2009

Friendster Dimiliki Oleh Jutawan Malaysia?



     Layanan jejaring sosial Friendster akhirnya dijual kepada sebuah syarikat Malaysia, MOL Global Pte Ltd. MOU Global merupakan sebahagian daripada MOL AccessPortal Berhad yang merupakan pembekal penyelesaian pembayaran online terbesar di Malaysia.

    Pemilik saham terbesar MOL ialah Tan Sri Vincent Tan akan mengambil alih 100 peratus pemilikan Friendster. MOL akan mengintegrasikan perkhidmatan jejaring sosial talian tersebut dengan rangkaian runcit online-nya untuk menggarap pasar komuniti pengguna khususnya di Asia.


    MOL akan menigntegrasikan sistem pembayaran online ke Friendster dan menawarkan kandungan seperti game, muzik, video, dan aneka barang.MOL saat ini telah menjalin kerja sama dengan 70 produser permainan online yang telah menghasilkan 200 jenis permainan. Selain itu, MOL juga sudah menjalin kerja sama dengan pembekal kandungan video, muzik, dan filem.

    Sebelum pengambilalihan ini, MOL sudah menjalin perkongsian dengan Friendster sebagai pembekal sistem bayaran melalui the Friendster Wallet dan the Friendster Gift Shop. Perkhidmatan ini akan diperluas ke rangkaian perniagaan MOL termasuk francais yang dipegang Tan Sri Vincent seperti Starbucks, 7-Eleven, Krispy Kreme, dan Wendy's.


5 comments:

touyakaruma on Sunday, December 13, 2009 2:59:00 pm said...

Perthhhhhhhhh dah beli friendster .. lepas nie mesti nak kena beli mol point banyak-banyak

ParlieWalla360 on Monday, December 14, 2009 5:24:00 am said...

Agak2 nya lah kalau kite kaya macam tu kita nak beli ape lagi?

moneyandhealthy on Monday, December 14, 2009 10:35:00 am said...

friendster tak slow baru diorang beli. ramai org dah hijrah ke FB skrg. aku pun x pernah bkak friendster nih

★Dakjaat™ ☆ on Tuesday, December 15, 2009 1:06:00 pm said...

friendster sudah diabaikan bertahun2 lamanya semenjak kemunculan facebook yang simple dan ringan.... ape guna dia beli? sama jugak takde untung.. rugi ade la kot?

yuyuEyuliAnayusOf on Wednesday, December 16, 2009 5:12:00 pm said...

ptotla fs da len skrg ni..
tp syg jgk sbb da delete.. hehe

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008