Showing posts with label Album.. Show all posts
Showing posts with label Album.. Show all posts

Monday, 9 November 2009

Diam's Telah Memeluk Islam-Melanie Georgiades




     Diam's atau nama sebenarnya Melanie Georgiades adalah seorang penyanyi rap dari Perancis yang telah memeluk agama islam dan turut terkenal sebagai aktivis politik menerusi lirik lagu dan juga kegiatan hariannya. Dia menentang kuat dasar antipendatang parti pelampau kanan negara itu yang diketuai Jean-Marie Le Pen. Turut menjadi sasaran sindirannya menerusi lagu ialah Presiden Perancis ketika ini, Nicolas Sarkozy.


    
Dia pernah berkata kepada media Perancis : "Saya gagal menemui penyelesaian terhadap masalah yang selama ini membelenggu jiwa saya, termasuk menerusi perubatan. Kerana itu saya beralih kepada agama."Dan dalam satu lagi kenyataannya, dia berkata: "'Kemasyhuran dan kekayaan tidak membuat saya tenteram seperti yang diinginkan. Saya hanya memperoleh ketenteraman itu daripada Allah SWT."

     Sumber berkata, rapper itu mengenali Islam menerusi beberapa temannya yang menganut agama itu, termasuk artis Perancis keturunan pendatang, seperti Amel Bent yang keturunan Maghribi dan Jamal Dabouz yang banyak membantu kariernya.Menurut laporan, ibu bapa Diam's yang beragama Katolik bercerai ketika dia masih kecil dan penyanyi itu pernah cuba membunuh diri ketika berusia 15 tahun.

     Dia dilahirkan pada 25 Julai 1980 di Nicosia, Cyprus dan ibu bapanya keturunan Perancis dan Greese.Karier muziknya bermula apabila dia menyertai sebuah kumpulan amatur pada 1994.Pada 1998, dia menandatangani perjanjian perkembangan bakat dengan BMG Music. Dengan bantuan penerbit itu, Diam's menyertai Universal Records pada 1999. Dia muncul dengan lagi dalam album DJ Mehdi pada 2002 berjudul '(The Story Of) Espion.'

     Lagu Brut de Femme yang dirakam pada 2003 menjulang namanya apabila ia berjaya meraih 10 tempat teratas lagu terbaik di Perancis.Setahun berikutnya, rapper itu mula membabitkan diri dalam penulisan lirik lagu dengan 'Ma Philosophie,' yang dinyanyikan oleh bintang Pop Idol, Amel Bent. Lagu itu berjaya menduduki senarai teratas lagu terbaik Perancis pada 2005.

     Album Dans Ma Bulle yang mengandungi lagu nyanyian Diam's dijual sebanyak 50,000 keping pada minggu pertama pelancarannya sementara single pertamanya dari album itu, La Boulette mendapat sambutan hangat dan kekal di tempat pertama carta lagu popular Perancis selama enam minggu berturut-turut.Lagunya Jeune Demoiselle, Ma France à moi dan Confessions nocturnes juga mendapat sambutan.

     Dans Ma Bulle seterusnya menjadi album paling banyak terjual di Perancis pada 2006 hingga mencapai status intan (jualan melebihi sejuta keping). Ia juga membolehkan Diam's meraih anugerah Aksi Terbaik Perancis pada Anugerah MTV Muzik Eropah pada tahun berkenaan.

Sumber: Harian Metro.

    Semoga Diam's mendapat ketenangan dalam hidup serta bahagia di dunia dan di akhirat.


Read more

Monday, 26 October 2009

Yunalis Zarai a.k.a Yuna





          Yunalis Zarai merupakan seorang anak muda yang sedang mengikuti pendidikan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang,Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini adalah merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat popularitinya di dalam bidang nyanyian melalui lagu "Dan Sebenarnya" telah menarik perhatian banyak pihak kerana imejnya yang bertudung dan berkebolehan bermain gitar serta kelunakan suaranya yang merdu pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan terhibur.




     Gadis kelahiran Alor Setar ini sebenarnya telah lama dikenali dikalangan peminat muzik "underground" kerana beliau sering mengadakan persembahan "gig" didalam dan di luar negara. Sambutan yang diterima oleh gadis yang berusia 22 tahun ini setiap kali mengadakan persembahan adalah sangat memberangsangkan.Banyak lagu yang dihasilkan adalah didalam bahasa inggeris,diantaranya ialah "random awsome,rocket,backpacking around europe,after midnight,blue sand & deeper conversation".



     Diharapkan beliau terus berkarya serta menampilkan banyak lagi lagu yang dapat memenuhi kehendak dan citarasa peminatnya yang semakin bertambah pada ketika ini.Penyanyi ini juga telah memberikan inspirasi kepada anak-anak muda yang lain serta dijadikan ikon didalam bidang nyanyian.




Read more

Thursday, 22 October 2009

One Buck Short-Halal & Loving It


     One Buck Short akan melancarkan album mereka yang terbaru dipasaran iaitu "Wait For It" tidak lama lagi dan semestinya kemunculan album ini ditunggu-tunggu oleh peminat mereka terutamanya pencinta muzik "underground" yang telah lama menjadi peminat setia mereka dan tidak hairanlah kumpulan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri sama ada yang mengikuti melalui konsert ataupun 'gig' yang mereka melakukan persembahan pasti akan mendapat sambutan yang hangat kepada pencinta muzik ini.

     One Buck Short telah ditubuhkan oleh Hafiz (dahulunya pemain bass) dan Rahul (gitar) di sekolah menengah, mereka berempat ini memulakan kerjaya mereka bermain di sekolah dan menyertai pertandingan "Battle of the Bands" sebelum memasuki arena tempatan dengan berbekalkan pengalaman dan lagu yang menyengat semestinya pasti akan membuat anda melompat dan "moshing" tapa henti.One Buck Short telah berkembang menjadi salah satu pencetus irama rock dinegara ini.




     Kini kumpulan ini dianggotai oleh Rahul (guitar),Imran (drum),Mooky (vokal) dan Izal (bass). Single pertama mereka "That Day" berjaya melonjak di senarai Top Ten Hitz.FM Malaysia, mereka pernah membuat persembahan di Rock the World IV ',' Rock the World V ' dan Asian X Games. Band ini juga pernah dicalonkan sebagai Best Newcomer, 'Best Rock' dan 'Best Live Act' di Malaysia.



     Melalui Homegrown Records dan Universal Music, band ini telah mengeluarkan album mereka dengan kerjasama produser terkenal Greg Henderson.



     One Buck Short pernah membuat persembahan pembukaan untuk Fall Out Boy di Singapura sebagai sebahagian daripada band rock antarabangsa dan LIVE MTV bersama Good Charlotte di Kuala Lumpur pada bulan April 2007.One Buck Short juga pernah berkongsi pentas dengan seperti Sugar Ray, Gym Class Heroes, The Academy Is, Hinder, MxPx dan banyak lagi.One Buck Short akhirnya telah dijemput hadir ke Australia untuk konsert One Movement Showcase Music Festival..

    Tahniah diucapkan kepada One Buck Short kerana telah membawa nama Malaysia ke mata dunia..."Keep Rock 'n' Roll"...You Guys 'RocK'

Read more
 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008