Monday 9 November 2009

Diam's Telah Memeluk Islam-Melanie Georgiades




     Diam's atau nama sebenarnya Melanie Georgiades adalah seorang penyanyi rap dari Perancis yang telah memeluk agama islam dan turut terkenal sebagai aktivis politik menerusi lirik lagu dan juga kegiatan hariannya. Dia menentang kuat dasar antipendatang parti pelampau kanan negara itu yang diketuai Jean-Marie Le Pen. Turut menjadi sasaran sindirannya menerusi lagu ialah Presiden Perancis ketika ini, Nicolas Sarkozy.


    
Dia pernah berkata kepada media Perancis : "Saya gagal menemui penyelesaian terhadap masalah yang selama ini membelenggu jiwa saya, termasuk menerusi perubatan. Kerana itu saya beralih kepada agama."Dan dalam satu lagi kenyataannya, dia berkata: "'Kemasyhuran dan kekayaan tidak membuat saya tenteram seperti yang diinginkan. Saya hanya memperoleh ketenteraman itu daripada Allah SWT."

     Sumber berkata, rapper itu mengenali Islam menerusi beberapa temannya yang menganut agama itu, termasuk artis Perancis keturunan pendatang, seperti Amel Bent yang keturunan Maghribi dan Jamal Dabouz yang banyak membantu kariernya.Menurut laporan, ibu bapa Diam's yang beragama Katolik bercerai ketika dia masih kecil dan penyanyi itu pernah cuba membunuh diri ketika berusia 15 tahun.

     Dia dilahirkan pada 25 Julai 1980 di Nicosia, Cyprus dan ibu bapanya keturunan Perancis dan Greese.Karier muziknya bermula apabila dia menyertai sebuah kumpulan amatur pada 1994.Pada 1998, dia menandatangani perjanjian perkembangan bakat dengan BMG Music. Dengan bantuan penerbit itu, Diam's menyertai Universal Records pada 1999. Dia muncul dengan lagi dalam album DJ Mehdi pada 2002 berjudul '(The Story Of) Espion.'

     Lagu Brut de Femme yang dirakam pada 2003 menjulang namanya apabila ia berjaya meraih 10 tempat teratas lagu terbaik di Perancis.Setahun berikutnya, rapper itu mula membabitkan diri dalam penulisan lirik lagu dengan 'Ma Philosophie,' yang dinyanyikan oleh bintang Pop Idol, Amel Bent. Lagu itu berjaya menduduki senarai teratas lagu terbaik Perancis pada 2005.

     Album Dans Ma Bulle yang mengandungi lagu nyanyian Diam's dijual sebanyak 50,000 keping pada minggu pertama pelancarannya sementara single pertamanya dari album itu, La Boulette mendapat sambutan hangat dan kekal di tempat pertama carta lagu popular Perancis selama enam minggu berturut-turut.Lagunya Jeune Demoiselle, Ma France à moi dan Confessions nocturnes juga mendapat sambutan.

     Dans Ma Bulle seterusnya menjadi album paling banyak terjual di Perancis pada 2006 hingga mencapai status intan (jualan melebihi sejuta keping). Ia juga membolehkan Diam's meraih anugerah Aksi Terbaik Perancis pada Anugerah MTV Muzik Eropah pada tahun berkenaan.

Sumber: Harian Metro.

    Semoga Diam's mendapat ketenangan dalam hidup serta bahagia di dunia dan di akhirat.


2 comments:

mamaarifakeemaisy on Monday, November 09, 2009 12:22:00 pm said...

Alhamdulillah bagus la..betambah umat Islam kt Dunia ni..harapnya dapat bimbingan yg betul! Aminn..

Faiz Trance Syhcotic™ on Monday, November 09, 2009 1:00:00 pm said...

alhamdulillah dah bertambah umat islam....

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008