Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Sunday, 10 January 2010

Merantau Worrior



 
     Seronoknya dapat tengok cerita ni kat wayang tadi. Tak sia-sia beratur panjang untuk tengok cerita ni walaupun telah ditayangkan di Malaysia pada 7/01/10 yang lepas. Rasanya tak perlu ulas panjang-panjang kerana dalam blog ni dulu pernah cerita masa awal sebelum kemunculan di pawagam lagi.Kalau korang tak pernah tengok klik jer kat sini "Aksi Pendekar Moden".



  
     Di Minangkabau, Sumatera Barat, Yuda pengamal Silat Harimau dalam persiapan akhir untuk memulakan "Merantau," yang akan dilakukan oleh anak muda yang akan meninggalkan desa pertanian sangat indah dan untuk berdikari mencari rezeki seorang diri di bandar Jakarta.

 

     Yuda tidak pasti tentang masa depan yang baru, hasil pertemuan kesempatan dalam dirinya membela yatim piatu Astri dari menjadi mangsa perdagangan manusia yang dipimpin oleh Ratger dan Lars. Yuda ke bandar ini pada mulanya ingin membuka kelas mengajar silat tetapi dia secara tidak sengaja terpaksa menyelamatkan Astri dan adiknya Adit. Yuda terpaksa melindungi Astri dan Adit dan tidak punya pilihan selain menghadapi para penyerangnya dan berjuang habis-habisan demi membela nasib dua beradik ini.


Read more

Friday, 2 October 2009

Hampir 3 ribu mangsa gempa Padang mungkin terperangkap: Jakarta




PADANG: Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan hampir 3,000 mangsa mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat di Padang, Sumatera Barat kelmarin.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana kementerian itu, Priyadi Kardono, berkata 715 orang sudah disahkan terbunuh manakala 2,400 lagi dirawat di hospital.

Gempa bumi dasar laut berukuran 7.6 pada skala Richter menyebabkan kemusnahan teruk di sebahagian besar Sumatera Barat.

Kardono berkata, lebih 20,000 bangunan dan rumah rosak teruk atau musnah dan hampir 3,000 orangf masih terperangkap di Padang dan enam lagi daerah.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang terselamat manakala bantuan antarabangsa mula tiba. - AP

sumber: Berita Harian,Mstar Online.

     Gempa bumi ini adalah yang terkuat yang berlaku di Indonesia, masih ramai lagi mangsa-mangsa yang tidak lagi dapat ditemui kerana terperangkap didalam runtuhan akibat gempa bumi ini.



     Pelajar Malaysia  dari Padang pula sudah selamat tiba di tanahair dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Mengenai bantuan kemanusiaan pula,sudah ramai pihak mula yang menghulurkan bantuan kepada mangsa dan pihak indonesia.
Read more

Thursday, 10 September 2009

Jalur Gemilang Dibakar dan Dipijak




    Apa dah jadi ni? Kenapa tiba-tiba sahaja isu ni dimainkan di media massa.Walhal kita tak tahu apa salah dan silap kita sebagai rakyat malaysia.Cuba korang bayangkan apa perasaan pelajar-pelajar malaysia yang kat indonesia sekarang.

    Diorang semua gerenti dalam ketakutan,pada saya isu ni sebenarnya tidak harus timbul cuma mungkin hanya disebabkan salah faham.Sememangnya budaya kita dan indonesia sebenarnya mungkin ada yang sama dan ada juga yang berlainan.

     Bendera Malaysia atau lebih dikenali sebagai" Jalur Gemilang" tersebut dibakar kerana Indonesia mendakwa Malaysia sudah mencuri kebudayaan mereka "tarian pendet" yang kononnya kepunyaan Indonesia dipaparkan dalam promo Enigmatik Malaysia. Demonstrasi ataupun protes ini dilakukan kerana mereka menggangap malaysia tidak menghormati ataupun merendah-rendahkan indonesia.


     Isu ini mungkin sengaja ditimbulkan dan diprovokasi oleh pihak tertentu untuk mengaut kepentingan peribadi ataupun untuk mencapai matlamat mereka.Mereka seharusnya mementingkan semangat perpaduan dan kerjasama antara dua negara serta berbincang untuk mempertingkat ekonomi supaya kedua-dua pihak mendapat keuntungan dan manfaat daripada kerjasama yang dilakukan.

    Walaubagaimanapun isu ini harus diselesaikan dengan kadar segera dan kedua-dua pihak perlu bersemuka untuk mencapai kata sepakat untuk kebaikan kedua-dua negara.



   
Read more

Wednesday, 9 September 2009

Aksi Pendekar Moden



      Inilah salah satu filem yang bakal ditayangkan dimalaysia "Merantau",filem ini menonjolkan aksi-aksi pakar seni mempertahankan diri dalam setiap gerak-geri yang dilakukan.

      Tengok dari “trailer” ni memang menarik….tak sabar rasanya nak tengok dipawagam nanti….filem ala-ala “Ong-Bak”…tapi ni kiranya versi “Silat”.
Read more
 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008