Monday 2 November 2009

Bunkface - Everyone Connects - Through My Window




     Bunkface adalah salah satu kumpulan indie yang yang berjaya mencipta nama didalam industri muzik tanah air.Mereka juga telah memenangi anugerah di Shout Awards 09 untuk anugerah Rockstar, Best New Act dan Utimate Award.


    
Kumpulan ini mula mencipta nama melalui "Silly Lily" lagu didalam bahasa inggeris dan "Situasi".Nama Bunkface mereka terus diperkatakan sejak kemunculan lagu-lagu tersebut.Ramai yang menyangka lagu yang berbahasa inggeris itu dinyanyikan oleh kumpulan muzik dari luar negara.
     
Kali ini mereka telah menyertai Banner Concerts-Everyone Connects yang telah disertai oleh ramai penggiat-penggiat muzik didalam dan luar negara.Lagu yang mereka nyanyikan ini bukanlah hak mereka jadi kepada sesiapa yang hendak menyanyikan lagu "Through My Window" tidak menjadi masalah bagi mereka.



      Apa yang menariknya didalam "Banner Concerts" ini mereka menyanyikan didalam kotak yang menyerupai "Banner" dilaman "web".Lagu yang dinyanyikan oleh mereka juga telah digunakan untuk mempromosikan Everyone Connects dan ditaja oleh pihak TM.Net.Disamping itu iklannya juga sangat kreatif serta mesej yang hendak disampaikan begitu mudah untuk difahami oleh penonton.
  
     Tahniah kepada Bunkface kerana telah mencipta nama didalam industri muzik tempatan dan luar negara serta TM.Net selaku penaja bagi iklan Through My Window-TM Commercial.


0 comments:

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008