Tip pilih minyak wangi ideal
Ianya akan memudahkan kita untuk mengenalpasti setiap jenis wangian yang yang akan kita beli nanti.Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.Jadi pandai-pandailah korang pilih ikut kesesuian korang semua.Tapi harus diingat jangan sampai orang lain tak senang dengan haruman daripada minyak wangi korang sudahlah.Sebenarnya pakai sikit je pun dah cukup tak perlu pakai banyak-banyak ok.
Sumber: Berita Harian,Onedroperfumes.
- Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).
- Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.
- Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.
- Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
- Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.
- Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
- Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.
- Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.
- Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.
- Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.
- Bunga-bungaan - Unsur bunga banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.
- Buah - Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.
- Lautan - Elemen sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.
- Kehijauan - Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi.
- Oriental - Erotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila, kasturi, rempah dan bunga-bungaan.
- Tumbuhan kayu - Inspirasi unsur alam - haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika.
Ianya akan memudahkan kita untuk mengenalpasti setiap jenis wangian yang yang akan kita beli nanti.Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.Jadi pandai-pandailah korang pilih ikut kesesuian korang semua.Tapi harus diingat jangan sampai orang lain tak senang dengan haruman daripada minyak wangi korang sudahlah.Sebenarnya pakai sikit je pun dah cukup tak perlu pakai banyak-banyak ok.
Sumber: Berita Harian,Onedroperfumes.
0 comments:
Post a Comment
TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi