Monday 12 October 2009

Hujan-Mencari Konklusi



     Apa pendapat korang pasal muzik? kali ni aku nak tulis pasal salah satu lagu yang aku selalu jugak dengar dikala kesunyian...Kadang 'time kita sorang-sorang kat bilik, mesti kita nak relek dan tenangkan fikiran.Ye la...semua orang pada waktu siang dah penat bekerja ataupun belajar kat kelas mesti kita dah penat memerah tenaga dan buah fikiran mestilah kita inginkan ruang waktu untuk menyendiri betul tak?


Aku kalau masa-masa camni suka layan lagu yang sempoi yang penting layan...(Eh silap dah macam skrip melodi plak..).terpulanglah pada seseorang tu apa yang korang nak buat.Kat bawah ni aku ada letakkan klip video untuk korang tengok...Ok jugak klip video kumpulan "Hujan" ni.Banyak jugalah lagu-lagu diorang yang yang berjaya memikat hati para pendengar untuk sentiasa menantikan album diorang yang terkini dipasaran.


Khabarnya diorang ni dah popular sampai keluar negara dan sudah ada peminatnya ataupun pengikut yang tersendiri yang diberikan nama sebagai "Rainjers".Lagipun lagu diorang mempunyai kelainan daripada kumpulan muzik yang ada sekarang ni...Walauapapun aku tetap suka mendegarkan semua lagu "band indie" kat malaysia ni.


2 comments:

Faiz Trance Syhcotic™ on Monday, October 12, 2009 2:37:00 am said...

http://trancesyhcotic91.blogspot.com/
nie blog faiz..
still biase..
under construction..

Faiz Trance Syhcotic™ on Monday, October 12, 2009 2:37:00 am said...

http://trancesyhcotic91.blogspot.com/
nie blog faiz..
still biase..
under construction..

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008