Friday 2 October 2009

Hampir 3 ribu mangsa gempa Padang mungkin terperangkap: Jakarta




PADANG: Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan hampir 3,000 mangsa mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat di Padang, Sumatera Barat kelmarin.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana kementerian itu, Priyadi Kardono, berkata 715 orang sudah disahkan terbunuh manakala 2,400 lagi dirawat di hospital.

Gempa bumi dasar laut berukuran 7.6 pada skala Richter menyebabkan kemusnahan teruk di sebahagian besar Sumatera Barat.

Kardono berkata, lebih 20,000 bangunan dan rumah rosak teruk atau musnah dan hampir 3,000 orangf masih terperangkap di Padang dan enam lagi daerah.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang terselamat manakala bantuan antarabangsa mula tiba. - AP

sumber: Berita Harian,Mstar Online.

     Gempa bumi ini adalah yang terkuat yang berlaku di Indonesia, masih ramai lagi mangsa-mangsa yang tidak lagi dapat ditemui kerana terperangkap didalam runtuhan akibat gempa bumi ini.



     Pelajar Malaysia  dari Padang pula sudah selamat tiba di tanahair dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Mengenai bantuan kemanusiaan pula,sudah ramai pihak mula yang menghulurkan bantuan kepada mangsa dan pihak indonesia.

0 comments:

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008