Monday 14 September 2009

Muntazer Akan Dibebaskan







     Muntazer al-Zaidi adalah merupakan seorang warga Iraq yang lebih dikenali sebagai "Shoe Man" kerana tindakannya membaling kasut pada Presiden George W.Bush pada tahun lalu akan dibebaskan daripada penjara pada 15/09009(Selasa).


     Al-Zaidi telah menjalani hukuman penjara satu tahun penjara selepas mahkamah rayuan mengurangkan asalnya tiga tahun penjara pada bulan April.


      Hari esok mungkin merupakan hari yang istimewa kepada ahli keluaraga dan warga Iraq terutamanya para penyokongnya kerana pembebasan di bawah undang-undang Iraq, sebuah "pelepasan bersyarat" memungkinkan untuk pembebasan tahanan selepas ia melayani tiga perempat daripada hukuman, pada perilaku yang baik.






      Pemuda Iraq ini telah dipenjarakan sejak Disember 2008 yang lalu kerana "menyerang seorang ketua negara asing dalam lawatan rasmi ke Iraq".Dia melemparkan kasutnya yang bersaiz '10' itu untuk menunjukkan protes kepada Amerika diatas penjajahan terhadap Iraq.Semasa penjajahan itu ramai yang telah terkorban kebanyakannya orang awam yang menjadi mangsa keganasan itu.

     Beliau dianggap sebagai wira kerana telah mendapat ribuan sokongan daripada penyokong untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi menuntut pembebasannya walaupun perbuatan melemparkan kasut itu dilihat sebgai bertentangan dengan tradisi Arab memnghormati tetamu.

p/s:Sebenarnya mantan Presiden Amerika ni tidaklah hebat sangat kawalan keselamatannya.Kita sering digambarkan bahawa kawalan keselamatan adalah sangat ketat kerana pihak amerika mempunyai segala alatan yang canggih untuk mengawal negaranya mahupun presidennya.Akhirnya benda yang selalu kita pakai yang paling bawah sekali untuk alas tapak kaki yang menjadi senjata untuk menyerang dan menjatuhkan moral mantan presiden amerika tersebut.Tahniah kepada Pemuda Iraq ini kerana berjaya memberi peringatan kepada Bush.

0 comments:

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008