Thursday 10 September 2009

Jalur Gemilang Dibakar dan Dipijak




    Apa dah jadi ni? Kenapa tiba-tiba sahaja isu ni dimainkan di media massa.Walhal kita tak tahu apa salah dan silap kita sebagai rakyat malaysia.Cuba korang bayangkan apa perasaan pelajar-pelajar malaysia yang kat indonesia sekarang.

    Diorang semua gerenti dalam ketakutan,pada saya isu ni sebenarnya tidak harus timbul cuma mungkin hanya disebabkan salah faham.Sememangnya budaya kita dan indonesia sebenarnya mungkin ada yang sama dan ada juga yang berlainan.

     Bendera Malaysia atau lebih dikenali sebagai" Jalur Gemilang" tersebut dibakar kerana Indonesia mendakwa Malaysia sudah mencuri kebudayaan mereka "tarian pendet" yang kononnya kepunyaan Indonesia dipaparkan dalam promo Enigmatik Malaysia. Demonstrasi ataupun protes ini dilakukan kerana mereka menggangap malaysia tidak menghormati ataupun merendah-rendahkan indonesia.


     Isu ini mungkin sengaja ditimbulkan dan diprovokasi oleh pihak tertentu untuk mengaut kepentingan peribadi ataupun untuk mencapai matlamat mereka.Mereka seharusnya mementingkan semangat perpaduan dan kerjasama antara dua negara serta berbincang untuk mempertingkat ekonomi supaya kedua-dua pihak mendapat keuntungan dan manfaat daripada kerjasama yang dilakukan.

    Walaubagaimanapun isu ini harus diselesaikan dengan kadar segera dan kedua-dua pihak perlu bersemuka untuk mencapai kata sepakat untuk kebaikan kedua-dua negara.



   

0 comments:

Post a Comment

TeRiMa KasiH KeraNa SuDi Komen Kat SiNi

 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008