Monday 23 November 2009

Perodua Alza - MPV


ZSRC33K5TK8F

      Perodua Alza ni adalah MPV keluaran Perodua yang terbaru yang semestinya akan menjadi pesaing bagi Proton Exora.     




    
Selepas pelancaran Proton Exora, MPV pertama Malaysia keluaran Proton yang mendapat sambutan hangat, Perodua bakal mengikut jejak langkah kejayaan Proton Exora dengan harga yang dijangka sekitar RM57000 hingga RM 65000, ia pasti amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.




             
 

     Saiz sudah pastinya lebih kecil dari Exora, ia dibina untuk 7 penumpang. Namun begitu, berdasarkan saiz tempat duduk, ia mungkin hanya mampu memuatkan 6 orang dewasa sahaja.



     Perodua MPV ini merupakan binaan semula berdasarkan model Toyota Passo Sette dan Daihatsu Boon Luminas serta menggunakan enjin Toyota 3SZVE 1.5. Ianya dijangka akan dilancarkan pada bulan November 2009.




Read more

Thursday 19 November 2009

2012-We Were Warned




     Tadi keluar pergi jalan-jalan pasal bosan sangat lepak kat rumah,maklumlah cuti-cuti ni kalo pergi tengok wayang mesti 'best'.Semalam ada la tengok 'trailer' pasal filem '2012' yang sedang 'Box Office' sekarang ni di panggung wayang.Bukan setakat dipanggung wayang,malah sibuk diperkatakan oleh semua orang.




    
     Ada yang mengatakan 21/12/2012 (Jumaat) adalah hari kiamat,betul ke macam tu?Tapi bagi orang yang beragama islam tidak boleh mempercayainya pada tarikh tersebut berlakunya kiamat.Terpulanglah kepada sesiapa yang nak percaya pada tarikh tu.Harus di ingat ini hanya sekadar filem rekaan semata-mata.
 


     Filem '2012' ni memang seronok sangat bila menonton kat panggung wayang.Banyak kesan bunyi serta grafiknya nampak macam  benar-benar berlaku.Kalau korang nak tahu 'best' ke tak korang kenalah tengok filem ni.


Read more

Cerita Pasal Bantal




Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu...

     Macam mana dah tahu ke korang kategori yang mana satu?Jangan kategori yang nombor enam tu sudah la...


Read more

Saturday 14 November 2009

Robot Masa Depan - ROPID




     Pertama kali korang tengok robot nie mesti korang macam tak percaya kerana pergerakannya begitu hampir dengan pergerakan manusia.


   
     Disamping itu robot ni boleh mengikut arahan manusia termasuk berlari dan melompat.Ropid ini dicipta oleh pereka dari Jepun Tomotaka Takahashi.


   
     Mungkin lepas ni Tomotaka Takashi ni akan menghasilkan pelbagai robot yang lebih menarik dan pelbagai fungsi suatu hari nanti...


Read more

Monday 9 November 2009

Diam's Telah Memeluk Islam-Melanie Georgiades




     Diam's atau nama sebenarnya Melanie Georgiades adalah seorang penyanyi rap dari Perancis yang telah memeluk agama islam dan turut terkenal sebagai aktivis politik menerusi lirik lagu dan juga kegiatan hariannya. Dia menentang kuat dasar antipendatang parti pelampau kanan negara itu yang diketuai Jean-Marie Le Pen. Turut menjadi sasaran sindirannya menerusi lagu ialah Presiden Perancis ketika ini, Nicolas Sarkozy.


    
Dia pernah berkata kepada media Perancis : "Saya gagal menemui penyelesaian terhadap masalah yang selama ini membelenggu jiwa saya, termasuk menerusi perubatan. Kerana itu saya beralih kepada agama."Dan dalam satu lagi kenyataannya, dia berkata: "'Kemasyhuran dan kekayaan tidak membuat saya tenteram seperti yang diinginkan. Saya hanya memperoleh ketenteraman itu daripada Allah SWT."

     Sumber berkata, rapper itu mengenali Islam menerusi beberapa temannya yang menganut agama itu, termasuk artis Perancis keturunan pendatang, seperti Amel Bent yang keturunan Maghribi dan Jamal Dabouz yang banyak membantu kariernya.Menurut laporan, ibu bapa Diam's yang beragama Katolik bercerai ketika dia masih kecil dan penyanyi itu pernah cuba membunuh diri ketika berusia 15 tahun.

     Dia dilahirkan pada 25 Julai 1980 di Nicosia, Cyprus dan ibu bapanya keturunan Perancis dan Greese.Karier muziknya bermula apabila dia menyertai sebuah kumpulan amatur pada 1994.Pada 1998, dia menandatangani perjanjian perkembangan bakat dengan BMG Music. Dengan bantuan penerbit itu, Diam's menyertai Universal Records pada 1999. Dia muncul dengan lagi dalam album DJ Mehdi pada 2002 berjudul '(The Story Of) Espion.'

     Lagu Brut de Femme yang dirakam pada 2003 menjulang namanya apabila ia berjaya meraih 10 tempat teratas lagu terbaik di Perancis.Setahun berikutnya, rapper itu mula membabitkan diri dalam penulisan lirik lagu dengan 'Ma Philosophie,' yang dinyanyikan oleh bintang Pop Idol, Amel Bent. Lagu itu berjaya menduduki senarai teratas lagu terbaik Perancis pada 2005.

     Album Dans Ma Bulle yang mengandungi lagu nyanyian Diam's dijual sebanyak 50,000 keping pada minggu pertama pelancarannya sementara single pertamanya dari album itu, La Boulette mendapat sambutan hangat dan kekal di tempat pertama carta lagu popular Perancis selama enam minggu berturut-turut.Lagunya Jeune Demoiselle, Ma France à moi dan Confessions nocturnes juga mendapat sambutan.

     Dans Ma Bulle seterusnya menjadi album paling banyak terjual di Perancis pada 2006 hingga mencapai status intan (jualan melebihi sejuta keping). Ia juga membolehkan Diam's meraih anugerah Aksi Terbaik Perancis pada Anugerah MTV Muzik Eropah pada tahun berkenaan.

Sumber: Harian Metro.

    Semoga Diam's mendapat ketenangan dalam hidup serta bahagia di dunia dan di akhirat.


Read more

Saturday 7 November 2009

Namewee VS TNB




     Kalau korang masih ingat Namewee ini pernah mengemparkan negara melalui isu lagu 'Negaraku' yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati oleh ramai pihak.



     
Tetapi selepas itu beliau muncul pula didalam filem pendek '15malaysia' untuk mempromosikan P1 Wimax yang bertajuk "Potong Saga".


     Kali ini namewee telah menyuarakan rasa tidak puas hati beliau kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula.Kejadian ini berlaku di TNB muar,Johor...
 
     Selepas korang tengok video klip ni pandai-pandailah korang membuat penilaian yang mana betul & yang mana salah...kat bawah ni kenyataan dari wakil TNB sendiri. 

Dear all friend in Malaysia,
First of all, I would like to introduce myself, I am Maintenance Manager from TNB, I have been serving for TNB for the past 10 years and I am regretful whatever presented in front of you is very untrue…. We have to understand the nature of the electrification supply system, TNB deal with customer in 3 occasions:
1. Customer request for supply, when you have to fill up the forms,
2. Customer pay the bill at counter, Q&A etc..
3. Customer experience supply interuption and call help for supply restoration
In this incidence , Namewee experiece the 3rd condition, the supply interuption in this case is breakdown, ie a force outage due to technical reasons such as:
i. Third party excavation, could be due to developer while installing the box culvert, could be due to utilities companies excavated power cables during their cable/pipe installation.
ii. Sabotaj/vandalism by hero who dare to cut live cable sometime at 11,000Volts and tripped the system,
iii. Force majore such as thunder storm, floods that supply has to be cut off in order to secure people life from electrocuted.
What you see in this short movie are:
1. Namewee ‘Intentionally’make havoc in TNB Muar, he wanted to scold and teach TNB guys a lesson(before leaving his house),
2. He said after he came back to Malaysia he experiece 3 times outages, BUT when dealing to TNB officer he said “MANY Times”, motive is very clear, it’s to agitate the people by taking a good shot.
3. Eventhough the officer has explain this is a breakdown, he still insist for the notification letter and insist to see the superior at 10:10pm,
4. and the rest are cursing, vulgar words, and very uncivilised signages.
What you don’t see perhaps are:
1. What are the people doing in the lorry, why are they working at 10:10pm?
Ans: These are people that assist in the restoration of supply during the event of breakdown, Energy Commission standard for restoration time is 4 hours for Medium Voltage Tripping(below 66KV).
2. Why the officer ‘Kecil’ working 10:10pm in the office & with his colleagues?
Ans: He is not there to eat the banana and minum kopi, he is the technician who monitor the system and get the outage ticket from Call Management Center (CMC) ~15454 and despatch the repair work to the fault finder team. As far as I know, after deliberate of thought, I can’t figure out any other companies in Malaysia can provide 24hrs of service. Tenaga people will go to your house at 3am if you call them at 15454 if you experiece of blackout in your house, but not calling at 06-9532951, this is an office no. No point to call 10 times as the message clearly ask you to call 15454 for any complaints. Perhaps Namewee problem is like Ama that they don’t understand Bahasa Malaysia language. We can understand Ama problem as they migrate from mainland of China , but not Namewee who was born in Muar. We, TNB, are dedicated to “Keeps the Light On” in your house.
3. Why TNB office has supply but no Namewee house?
Ans: If Namewee stay behind of TNB Muar, perhaps this video will not appear. In the actual world, all substations are link by each other, and each substation has to supply to the respective housing area, since he is riding a bike, I assume TNB office is KMs away from his house, and hence if there’s any technical failure on the underground cable or overhead line, therefore TNB officer has to be mobilized to do the isolation of the circuits and taking measurement(insulation testing) of each section of the cables, and all this takes time.
      

Read more

Tuesday 3 November 2009

Seni Lukisan Debu - Scott Wade's




     Lukisan yang anda lihat ini adalah hasil daripada Seni Lukisan Scott Wade's seorang pelukis yang menggunakan debu yang terhasil daripada kotoran debu yang melekat pada kereta.



Banyak karya yang telah dihasilkan oleh beliau diantaranya gambar pemain bola sepak Brazil Ronaldinho,kereta keluaran mitsubishi,artis-artis dan potret orang ternama di dunia.



     Hasil karya beliau juga telah dipamerkan kepada orang ramai melalui pameran,promosi pengiklanan serta di Youtube.com.Sesiapa sahaja yang melihat hasil seni ini pasti akan terpegun melihat kecantikan lukisan ini.



     Semua gambar yang dipamerkan disini adalah salah satu gambar yang terdapat dalam galeri beliau. Anda lihatlah sendiri begitu halus dan kemas lukisan ini.



Read more

Monday 2 November 2009

Bunkface - Everyone Connects - Through My Window




     Bunkface adalah salah satu kumpulan indie yang yang berjaya mencipta nama didalam industri muzik tanah air.Mereka juga telah memenangi anugerah di Shout Awards 09 untuk anugerah Rockstar, Best New Act dan Utimate Award.


    
Kumpulan ini mula mencipta nama melalui "Silly Lily" lagu didalam bahasa inggeris dan "Situasi".Nama Bunkface mereka terus diperkatakan sejak kemunculan lagu-lagu tersebut.Ramai yang menyangka lagu yang berbahasa inggeris itu dinyanyikan oleh kumpulan muzik dari luar negara.
     
Kali ini mereka telah menyertai Banner Concerts-Everyone Connects yang telah disertai oleh ramai penggiat-penggiat muzik didalam dan luar negara.Lagu yang mereka nyanyikan ini bukanlah hak mereka jadi kepada sesiapa yang hendak menyanyikan lagu "Through My Window" tidak menjadi masalah bagi mereka.



      Apa yang menariknya didalam "Banner Concerts" ini mereka menyanyikan didalam kotak yang menyerupai "Banner" dilaman "web".Lagu yang dinyanyikan oleh mereka juga telah digunakan untuk mempromosikan Everyone Connects dan ditaja oleh pihak TM.Net.Disamping itu iklannya juga sangat kreatif serta mesej yang hendak disampaikan begitu mudah untuk difahami oleh penonton.
  
     Tahniah kepada Bunkface kerana telah mencipta nama didalam industri muzik tempatan dan luar negara serta TM.Net selaku penaja bagi iklan Through My Window-TM Commercial.


Read more
 

ParlieWalla360™ | “Informasi,Hiburan,Muzik,Berita,Artis,Popular,Terkini” Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008